Sabtu, 25 Desember 2010

Biasiswa Petronas

Biasiswa Petronas
http://edu.iluvislam.com
Oleh: Nor Azizul Mohamad


Siapa yang tidak kenal akan nama PETRONAS? Dari kampung-kampung kecil sampailah ke bandaraya, hampir semua tahu apa itu PETRONAS. Sampaikan anak-anak kecil di Kuala Lumpur pun tahu menyebut PETRONAS.

“Mummy, look! Petronas Twin Towers!yeay!”

Saya rasa tidak perlulah untuk saya menceritakan latar belakang ‘multinational company’ ini. Saya rasa rata-rata pembaca artikel ini merupakan golongan yang celik IT yang tahu menggunakan website seperti www.google.com ataupun www.yahoo.com dengan baik.

Lebih molek jika saya terus mengikuti guideline yang telah diberikan oleh saudara admin kita.


Apa yang ditawarkan oleh PETRONAS dari segi jenis dan elaun?

Sebelum itu, suka saya terangkan perjanjian saya dengan PETRONAS terlebih dahulu. Perjanjian yang telah dipersetujui oleh saya merupakan pinjaman boleh ubah (convertible loan). Tidak silap saya, PETRONAS tidak lagi menawarkan ‘biasiswa’ secara terus kepada pelajar-pelajar. Apa yang difahamkan, setelah graduate, sekiranya saya diterima untuk bekerja dalam PETRONAS , loan ini akan diubah menjadi biasiswa. Jika saya gagal untuk bekerja dalam PETRONAS, saya terpaksa membayar sedikit wang kepada PETRONAS dan jumlah ini bergantung kepada keputusan akademik di University. Jika saya mendapat first class , akan dilepaskan tanpa perlu membayar apa-apa.

Elaun? Di Australia pada ketika ini, secara zahirnya pelajar-pelajar PETRONAS adalah antara yang termiskin dikalangan pelajar-pelajar tajaan. Diulangi, secara zahirnya. Kami hanya menerima sebanyak 384 aud/month (untuk yang tidak menerima makanan daripada college) dan 256 aud/month (untuk yang menerima makanan daripada college). Suka saya bandingkan dengan pelajar-pelajar tajaan JPA, mereka memperoleh sebanyak 1200 aud/month.

Sangat beza bukan?

Akan tetapi, accommodation kami dibayar oleh PETRONAS dengan peruntukan 250 aud/week @ 1000 aud/month. Kami juga menerima subsidi eletrik sebanyak 30 aud/month seorang. Selain itu, kami juga menerima makanan untuk lunch/dinner (depends on state) untuk hari isnin-jumaat. Peruntukan untuk makanan ini adalah sebanyak 8.00 aud (kalau tidak silap) @ 160 aud/month. Hal makanan, ianya merupakan ihsan daripada PETRONAS.


Maka, secara totalnya, pelajar PETRONAS menerima sebanyak 1574 aud/month. Itupun ada orang membebel elaun tak cukup. Tak setaraf dengan budak JPA. Bezanya disini, pelajar JPA untung kerana mereka boleh duduk menyewa rumah yang murah-murah. Tetapi terdapat besar perbezaan rumah-rumah pelajar tajaan PETRONAS dan pelaja-pelajar lain.

Terdapat juga elaun-elaun lain yang diberikan setahun sekali iaitu elaun buku sekitar 400 aud dan juga elaun perkakas sekitar 100 aud. Kami juga menerima elaun computer (2000 aud @ RM 3500) dan juga elaun baju (sekitar RM 750) yang diberikan sekali sahaja.


Bagaimana untuk memohon?

Jika ingin menulis mengikut pengalaman, saya memohon scholarship PETRONAS adalah melalui sekolah. Dengan menggunakan trial result, top 40 dalam sekolah saya layak memohon untuk biasiswa PETRONAS. Peluang ini hanya akan ditawarkan kepada sekolah-sekolah yang dipilih oleh PETRONAS. Untuk MRSM, pada tahun saya hanya 40 tempat sahaja diperuntukkan untuk pelajar MRSM satu Malaysia. Lupa saya ingatkan, pemohonan ini hanyalah untuk ke interview sahaja.

Untuk selepas result SPM diumumkan, saya kurang pasti sama ada tawaran PETRONAS ada dikeluarkan di surat khabar atau tidak, tetapi di website insyaAllah ada. Saudara-saudari boleh bertanyakan soalan kepada kaunselor di sekolah masing-masing tentang scholarship-scholarship ini.

Siapa layak untuk memohon?

Semua syarat-syarat yang biasa dikenakan (warganegara Malaysia, result cemerlang dan sebagainya). Tetapi kepada yang sesiapa mempunyai abang atau kakak yang sudah ditaja oleh PETRONAS, nama anda akan dikecualikan daripada memohon kerana PETRONAS hanya menaja seorang sahaja dalam adik-beradik (pada tahun saya). Anak-anak PETRONAS mempunyai peluang yang agak cerah untuk mendapat biasiswa ini.


Temuduga?

Pada tahun saya (SPM 2005), setelah memohon secara online melalui sekolah, kami akan dipilih mengikut pencapaian masing-masing. Kemudian, kami dikehendaki untuk menghadiri kem educamp di UTP, Tronoh, Perak selama beberapa hari (5 hari kalau tidak silap). Kami akan diagihkan mengikut group seramai sekitar 20 orang dan kami akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti seperti di kem motivasi. Tetapi, bagi saya, aktiviti-aktiviti ini lebih kepada menyediakan kami kearah interview session. Dari segi percakapan, topik, pengenalan diri, keyakinan dan sebagainya.

Kemudian, kami menduduki beberapa ujian. Antaranya English test – (reading, listening) dan juga IQ test. Pada hari terakhir barulah kami ditemuduga.

Formatnya seperti ini; interview akan dijalankan secara individu dan berkumpulan, dalam group ada 5 orang pelajar dan ada 2 orang panel temuduga. Kami akan diberi case study untuk dibentangkan secara individu dan juga in group. Preparation time akan diberi selama sejam. Topik yang saya terima ialah berkaitan pandangan saya tentang genetically modified (GM) food. Topik-topik yang akan diberi adalah berkaitan dengan isu-isu semasa (update yourself). Kemudian, kami ditemuduga seorang demi seorang. Antara yang ditanya oleh interviewer hanyalah soalan-soalan yang biasa.


“Tell me about yourself”

“Why do you choose this course?”

“What you can offer us?”

“What makes you special?”


Kemudian, setelah selesai interview secara individual. Kami akan duduk in group dan akan berbincang mengenai case study yang diberikan. Ketika ini, interviewer tidak akan bercakap apa-apapun dan hanya memerhatikan kami berlima.


Lain-lain perkara

Jika anda menjadi sebahagian daripada pelajar PETRONAS, banyak faedah-faedah yang diperolehi ketika masih belajar. Antaranya kem-kem motivasi/leadership (4 kem) yang dianjurkan oleh PETRONAS dan mewajibkan pelajar-pelajar untuk menghadirinya. Di sini juga, pelajar-pelajar PETRONAS dijaga dari segi akademik dan kebajikan. Dimana kami mempunyai persatuan pelajar PETRONAS untuk setiap negeri. Kami juga dikehendaki untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang pada setiap semester, sekurang-kurangnya 65% average marks. Jika kurang, elaun akan ditangguh sehinggalah study plan yang telah dipersetujui oleh pihak university dihantar kepada student advisor.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar