Sabtu, 25 Desember 2010

Majlis Perpisahan Guru

Majlis Perpisahan Guru

MMP telah mengadakan Majlis Keraian Perpisahan pada hari ini di medan thobur bagi meraikan bekas pengetua MMP iaitu Puan Noriah Ismail, dan juga guru-guru yang telah banyak membantu dalam kecemerlangan MMP.

Antaranya ialah Puan Nik Eleene Zureena Nik Mustafa, Encik Izzudin, Puan Rogayah Che Chik.
Majlis dimulakan dengan alunan ayat -ayat suci Al-Quran oleh Rodziah Basri dan sedikit ucapan daripada Ain Afiqah Azahazuhari bagi mewakili para pelajar.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Noriah Ismail. Dalam ucapan beliau, beliau berharap agar semua pelajar menjadi mukmin yang solehah, dan sentiasa mengikuti peraturan sekolah yang telah ditetapkan serta menjaga nama baik sekolah walau dimana para pelajar berada. Selain itu, beliau juga berharap MMP terus cemerlang, gemilang dan terbilang dari segi akhlak, akademik dan juga kokurikulum.

Seterusnya, Puan Pengetua MMP, Puan Hajah Che Zainah bt Abdullah menyampaikan cenderahati kepada Puan Noriah Ismail dan juga kepada Puan Nik Eleene Zureena. Cenderahati adalah sumbangan daripada pihak sekolah, BAKEJ, unit disiplin, BADATI, UBKK, unit kokurikulum, unit kukurikulum, unit pendaftaran, pusat sumber sekolah, unit pembangunan sekolah, asrama puteri, PBSM, kedai sekolah, dan unit peperiksaan. Majlis diteruskan dengan sedikit ucapan daripada Penolong Kanan 1, Encik Malek Ridhuan Hassan.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah rentetan kehidupan yang akan kita lalui. Namun begitu, perjuangan hidup harus diteruskan. Walau jauh dari pandangan mata, akan tetapi nama guru-guru tetap terpahat dalam hati dan minda kami.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar